MPKK

Pengerusi MPKK / Ketua Kampung
En. Zainuddin Bin Idris
  (011-29664379)

Setiausaha MPKK


  
Biro Pengurusan Kewangan (Bendahari MPKK)
En. Khairul Idrisazman Bin Kamarozaman
  (011-33468124)

Biro Pembangunan Prasarana

  

Biro Keselamatan dan Kesihatan
En. Mohamad Sarian Bin Abdullah
  (017-5529916)

Biro Ekonomi dan Keusahawanan
- Pn. Rosni Binti Chen Guat Chai @ Ibrahim
  (017-5239484)

Biro Kesejahteraan dan Keceriaan
- Pn. Maimunah Binti Sabarruddin
  (019-4370285)

Biro Pendidikan dan Inovasi
- Pn. Yan Norehan Binti Md Zin
  (013-5288227)

Biro Pemantapan Spiritual
En. Mohammad Rafie Bin Ramli
  (012-4532496)

Biro Kebajikan dan Kesukarelawan
- En. Mior Firdaus Bin Ahmad
  (019-4886475)

Biro Belia, Sukan dan NGO

- En. Muhamad Qayyim Bin Mohd Zin
  (011-39907665)

Biro Infostruktur dan Komunikasi 
- Pn. Qurratu Aini Binti Mat Ali
  (010-3909285)

Biro Hal Ehwal Wanita dan Keluarga


  

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


MAJLIS PENGURUSAN KOMUNITI KAMPUNG (MPKK)


(Penstrukturan semula daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK))

Penggerak utama dalam merancang dan melaksana pelan tindakan membangunkan kampung bagi meningkatkan ekonomi penduduk di samping memastikan persekitaran yang selamat berasaskan kepada keharmonian sikap dan semangat jati diri.

Penghubung utama antara penduduk di kawasan tadbir MPKK dan Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak dalam menyampaikan hasrat dan harapan kedua-dua belah pihak untuk menjadikan negeri ini selamat dan makmur untuk semua penduduk.


MATLAMAT UTAMA MPKK

Menjayakan tujuh (7) teras Pembangunan Luar Bandar seperti berikut :


-Pembangunan modal insan dan pengupayaan masyarakat.

-Pembangunan ekonomi yang berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan.

-Pengintegrasi program pembangunan luar bandar dalam perancangan fizikal.

-Pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam yang menyeluruh.

-Peningkatan kualiti hidup dan pendapatan isi rumah di dalam kumpulan berpendapatan 40% terendah.

-Pengurusan pembangunan secara bersepadu.

-Pengurusan sumber alam secara mampan.


FUNGSI MPKK NEGERI PERAK

-Menentukan rancangan-rancangan pembangunan masyarakat yang hendak dilaksanakan di kampung.

-Bergotong royong yakni menggalakkan penyertaan bersama oleh orang-orang kampung.

-Membantu melicinkan perjalanan kesemua projek yang sedang dilaksanakan

-Menyediakan tempat dan sebagainya untuk melaksanakan sesuatu projek.

-Menjadi badan perhubungan antara orang kampung dan Kerajaan dan badan-badan luar.

-Bertanggungjawab bersama-sama dengan badan-badan / jabatan Kerajaan atau pertubuhan sukarela.

-Menjaga keselamatan kampung daripada anasir luar yang hendak merosakkan masyarakat dan Negara. Melaporkan aktiviti mereka kepada pihak berkuasa dengan menyusun rondaan serta membuat bancian apabila dikehendaki.



PERANAN MPKK

-Menyimpan segala rekod rancangan pembangunan masyarakat untuk kampung tersebut (ie; Minit Mesyuarat).

-Menjemput sesiapa yang difikirkan sesuai kerana pengalaman, pekerjaan atau kebolehan yang ada padanya untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa.

-Melaksanakan apa jua projek atau aktiviti yang difikirkan berkaitan dengan pembangunan masyarakat.

-Mengadakan mesyuarat tetap dari semasa ke semasa secara berkala pada setiap bulan.



TUGAS PENGERUSI MPKK

A)     KEPIMPINAN

-Bertanggungjawab menyatu dan mendorong ahli-ahli MPKK dalam melaksanakan tanggungjawab mereka dengan integriti dan cekap berasaskan konsep musyawarah.

-Membentuk misi dan visi MPKK yang dipimpin.

-Menyediakan hala tuju dan perancangan menggunakan sumber-sumber yang ada.

-Menyatupadukan penduduk serta membina kehidupan masyarakat kampung yang maju dan sejahtera.

-Mesyuarat hendaklah diadakan di tempat khas seperti dewan orang ramai dan panggilan mesyuarat dibuat secara rasmi dan dimaklumkan kepada semua ahli sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh mesyuarat.

-Semua perbincangan dan keputusan mesyuarat dicatatkan dalam minit mesyuarat dan minit mesyuarat hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Penghulu  dan disalinkan kepada Pejabat Daerah, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pejabat Menteri Besar.

B)     PENTADBIRAN

-Bertanggungjawab kepada Penghulu dan Pentadbiran Daerah.

-Mempengerusi mesyuarat MPKK dan program serta memantau aktiviti biro-yang ditubuhkan.

-Menghadiri mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan di peringkat mukim, daerah dan negeri.

-Memastikan segala program / aktiviti yang dirancang oleh Kerajaan dan MPKK berjalan lancar.

-Mendukung hasrat dan dasar-dasar Kerajaan serta menyampaikannya kepada penduduk kampung.

-Menjadi penghubung antara penduduk kampung dengan Kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan.

-Memberi kesedaran kepada penduduk kampung untuk menjaga dan menghargai semua harta atau kemudahan awam.

-Melaporkan kepada Pejabat Penghulu / Pejabat Tanah jika terdapat tanah-tanah kerajaan di dalam kampung diceroboh.



TUGAS AHLI JAWATANKUASA

SETIAUSAHA MPKK

-Membantu Pengerusi dalam melaksanakan tugas kesetiausahaan seperti mendapatkan tarikh dan masa mesyuarat MPKK, menjemput ahli MPKK dan lain-lain, menyediakan minit mesyuarat, mengumpul laporan daripada biro-biro selepas mesyuarat induk MPKK.

-Menyediakan surat menyurat untuk Pengerusi.

-Mengurus dan menyimpan dokumen rasmi MPKK di tempat selamat.

-Mengendali bilik operasi atau bilik gerakan (jika ada).

-Mewakili tugas Pengerusi semasa ketiadaan Pengerusi untuk sesuatu urusan rasmi.

-Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas lain yang diarah Pengerusi.

-Membuat makluman dan hebahan kepada penduduk kampung mengenai aktiviti / isu semasa melalui saluran komunikasi yang sesuai.


BENDAHARI MPKK (BIRO PENGURUSAN KEWANGAN)

-Membantu Pengerusi menguruskan hal ehwal kewangan dengan amanah dan tulus seperti menyediakan laporan pendapatan dan perbelanjaan untuk setiap kali mesyuarat induk MPKK.

-Menyediakan laporan kewangan dan aset di akhir tahun kewangan.

-Membantu Juruaudit dalam menyemak akaun penerimaan dan pengeluaran (pembelian / derma).

-Mengawal selia harta awam kampung supaya sentiasa dalam keadaan baik dan boleh digunakan.

-Merancang keperluan hasil dan perbelanjaan tahunan MPKK.

-Menyimpan semua dokumen kewangan MPKK seperti buku cek, buku akaun di tempat yang selamat.

-Berurusan dengan institusi kewangan bagi pihak MPKK.

-Memastikan segala urusan kewangan mematuhi peraturan kewangan yang ditetapkan oleh Pejabat Daerah dan Mesyuarat MPKK.

-Bekerjasama dengan semua biro dalam menjana pendapatan yang berterusan untuk keperluan operasi MPKK.


PENGENDALIAN URUSAN MPKK

-Memanggil dan mengadakan mesyuarat induk MPKK sekali sebulan dan layak diberi elaun seperti yang ditetapkan. Mesyuarat lain boleh diadakan tetapi tanpa tuntutan elaun.

-Membuat pelaporan bertulis sebulan sekali (seminggu selepas mesyuarat induk MPKK) kepada Penghulu Mukim tentang aktiviti dan kedudukan kewangan semasa.

-Membuka satu akaun semasa atas nama MPKK berkenaan di sebuah bank tempatan dan Bendahari serta Pengerusi atau Setiausaha diberi kuasa menandatangani cek akaun MPKK berkenaan.

-MPKK boleh menerima sebarang bentuk sumbangan daripada mana-mana pihak jika ia tidak mengganggu atau menjadikan tugas MPKK menyimpang daripada yang sepatutnya.


PERATURAN YANG PERLU DIPATUHI


-Bendahari boleh menyimpan sejumlah wang tunai untuk menjalankan perbelanjaan runcit harian tidak melebihi RM500.00.

-Kuasa meluluskan perbelanjaan bawah RM500.00 adalah di bawah bidang kuasa Pengerusi. Jika melebihi RM500.00, ianya mestilah diputuskan di dalam Mesyuarat MPKK.

-Semua permohonan untuk peruntukan projek hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Daerah melalui Pejabat Penghulu Mukim sebelum dipanjangkan ke jabatan berkenaan.

-Laporan kewangan tahunan hendaklah dihantar ke Pejabat Penghulu untuk diaudit.



MESYUARAT MPKK

-Sesebuah MPKK hendaklah mengadakan mesyuarat bulanan sekurang-kurangnya 8 kali dan tidak lebih 12 kali setahun. Mana-mana MPKK yang gagal mengadakan mesyuarat secara 3 bulan berturut-turut tanpa alasan yang munasabah, maka khidmat Pengerusi MPKK tersebut boleh dibatalkan.

-Mesyuarat hendaklah dibuat secara rasmi dan dimaklumkan kepada semua ahli sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh mesyuarat.

-Semua perbincangan dan keputusan dalam setiap mesyuarat bulanan hendaklak dicatatkan di dalam minit mesyuarat.

-Setiap mini mesyuarat bulanan hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Penghulu Mukim yang berkenaan dan disalinkan kepada Pejabat Daerah, Pejabat Pembangunan Negeri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pejabat Menteri Besar.

Ulasan

Catatan Popular