PELAN TINDAKAN KAMPUNG
“Pendekatan Baharu Memajukan Kampung”
Pembangunan dan pemantauan
- Hari ini, kehidupan masyarakat termasuklah di luar bandar adalah semakin mencabar.
- Daripada peranan membangunkan fizikal kampung, hinggalah memperkasakan modal insan telah menjadi keutamaan bagi memastikan usaha menggembleng sumber-sumber kekayaan baru yang terdapat di persekitaran desa dapat direalisasikan.
- Usaha ini bukan mudah malah amat mencabar kerana memerlukan kekuatan minda dan daya inovasi serta tahap pengupayaan yang tinggi.
- Berpegang kepada kepercayaan bahawa keupayaan dan kegigihan manusia (human factor) adalah penentu kejayaan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menerusi INFRA (Institut Kemajuan Desa) telah membuat inovasi dalam pendekatan latihan kepada kumpulan sasarnya yang terdiri dari pemimpin, penggerak dan masyarakat kampung.
- Ianya dilakukan melalui program latihan secara in-situ dan hands on untuk menghasilkan Pelan Tindakan Desa.
- Pelan Tindakan Kampung (PTK) lazimnya dirangka untuk tindakan segera atau jangka pendek, fokus kepada kawasan kecil atau pada perkara yang spesifik.
- Maka PTK perlu terperinci dalam menjelaskan cadangan tindakan seperti tempoh pelaksanaan, pihak yang melaksana serta implikasi kos atau sumber lain.
- PTK merupakan satu dokumen yang mengandungi pernyataan tentang masalah dan potensi pembangunan sesuatu kawasan serta cadangan dalam bentuk program atau projek pembangunan jangk pendek (lazimnya).
- PTK mengandungi peta atau rajah tertentu yang menyokong atau menjelaskan suatu cadangan (kaedah, tempoh dan kos).
- PTK merupakan perancangan strategik yang direncanakan oleh komuniti bagi kampung masing-masing.
- Dalam kata lain, PTK ini adalah umpama Rancangan Lima Tahun Malaysia yang menjadi asas kepada perancangan jangka panjang setiap kampung.
- Penyediaan PTK berpaksikan pendekatan “participative‟ atau penglibatan turut serta masyarakat setempat.
- Masyarakat diberkan peluang dan kuasa yang seluas-luasnya untuk menentukan program di kampung masing-masing di samping berpeluang mengemukakan alternatif penyelesaian masalah-masalah yang dikenal pasti di kampung.
- Adalah berasaskan pendekatan pengupayaan menerusi bengkel atau sesi “sumbang saran”.
- Mereka yang terlibat terdiri daripada pentadbir kampung (MPKK), wakil kumpulan belia, petani, peniaga, pengusaha, guru, profesional, agensi terlibat.
- Sebaiknya jumlah peserta tidak melebihi 20 orang.
- Penghasilan PTK adalah berpandukan “Profil Kampung”, disusuli proses mengenal pasti masalah dan potensi kampung, merumuskan wawasan dan objektif pembangunan, menentukan cadangan pembangunan, membina sistem pengurusan pembangunan dan perlaksanaan serta pemantauan.
Pengurusan pembangunan
1. Menentukan sistem pengurusan dan organisasi, peranan dan tanggungjawab pihak terlibat, keperluan logistik (ruang, peralatan, perhubungan, dsb.).
2. Secara dasarnya MPKK adalah badan yang bertanggungjawab dalam pengurusan perlaksanaan PTK.
3. Pelan yang dihasilkan perlu dibentang semula dalam mesyuarat MPKK untuk persetujuan.
4. Strategi perlaksanaan dan pembahagian tugas perlu diputuskan oleh mesyuarat MPKK dan diminitkan. Dengan itu, perlaksanaan PTK menjadi agenda penting yang dibangkitkan dalam mesyuarat MPKK.
5. Pihak MPKK perlu mewujudkan JK Khas berkaitan perancangan dan pelaksanaan PTK. Pemilihan AJK perlulah mereka yang berilmu dan berkemahiran sesuai dengan bantuan pakar dari luar.
6. AJK berperanan mengatur strategi pelaksanaan PTK, memantau perlaksanaan, membina sistem bistari dan semakan semula PTK.
7. Setiap cadangan yang dihasilkan JK Khas PTK perlu dikemukakan kepada mesyuarat MPKK untuk persetujuan.
8. Pembentukan JK Kecil bagi mengurus dan memantau perlaksanaan di peringkat projek /aktiviti.
Pembangunan dan pemantauan
Perlaksanaan projek perlu dipantau secara berterusan oleh individu / AJK Kecil yang ditugaskan.
Antara perkara yang perlu dipantau adalah:
Antara perkara yang perlu dipantau adalah:
a. Projek / program dilaksanakan mengikut jadual
b. Mendapatkan punca atau sebab jika projek itu tidak dilaksanakan mengikut jadual
c. Mengenal pasti masalah pelaksanaan projek
d. Membuat tindakan susulan bagi melancarkan perlaksanaan projek / menyelesai masalah yang timbul
e. Melaporkan kepada Jkhas PTK tentang pemantauan dan tindakan yang telah diambil
Ulasan
Catat Ulasan